top of page
SEJARAH JABATAN

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis (JPPM Negeri Perlis) diluluskan bagi memulakan operasi secara berasingan pada 01.01.2002 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada operasi asalnya bersama-sama negeri Kedah sejak 1 Mac 1981 yang dikenali selama ini sebagai Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah/Perlis. JPPM Negeri Perlis diwujudkan bertempat di Tingkat 5, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.

​

Pada 01 Januari 2012, JPPM Negeri Perlis telah berpindah ke alamat seperti berikut; Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.

​

JPPM Negeri Perlis bertanggungjawab dalam urusan Pendaftaran Pertubuhan serta pengurusan di bawah Akta Pertubuhan 1996 bagi semua pertubuhan yang berdaftar di seluruh Negeri Perlis. Matlamat JPPM Negeri Perlis adalah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman atau akhlak.

Hak Cipta Terpelihara © 2021 Jawatankuasa EKSA JPPM Perlis.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome, Internet Explorer 11 dengan resolusi 1600 x 900

bottom of page