
SENARAI TUGASAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA
PERANAN JAWATANKUASA PELAKSANA
​
-
Menentukan hala tuju keseluruhan dalam pelaksanaan EKSA.
-
Membentuk pelan pelaksanaan.
-
Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan.
-
Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.
-
Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah.
-
Mengawas dan menilai kemajuan perlaksanaan (bersama JK Audit).
-
Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (bersama JK Promosi).
-
Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalan-amalan kebersihan (bersama JK Latihan).
PERANAN PENGERUSI
​
-
Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
-
Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
-
Menetapkan dasar, peraturan serta Garis Panduan EKSA.
-
Melantik Jawatankuasa EKSA.
-
Mengawasi, memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
PERANAN FASILITATOR
​
-
Menjadi pakar rujuk dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Ahli dan Jawatankuasa EKSA.
-
Memberi latihan dan panduan kepada ahli.
-
Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.
-
Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini antara pihak pengurusan dan kumpulan.
PERANAN PENYELARAS
​
-
Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
-
Menyelaras program EKSA.
-
Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.
-
Menyimpan rekod utama dan minit berkaitan pelaksanaan EKSA.
-
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit serta memastikan keseragaman terhadap pelaksanaan EKSA.
-
Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi.
PERANAN SETIAUSAHA
​
-
Menjadi pencatat minit bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
-
Menyediakan dan menyimpan rekod utama, minit dan laporan berkaitan pelaksanaan EKSA.
-
Membantu penyelaras dalam melaksanakan dan menyelaras program EKSA.
-
Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA.
-
Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.
-
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit.
-
Membantu menyediakan memo dan surat-menyurat berkaitan pelaksanaan EKSA.
-
Menyediakan Carta Perbatuan dan Carta Organisasi EKSA.
-
Mengurus tarikh dan jadual penilaian bagi mendapat pensijilan EKSA.
​