
FUNGSI & TUGAS JABATAN
Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:
-
Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
-
Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
-
Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.
​
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:
-
Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
-
Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
-
Mendaftarkan Pegawai Harta;
-
Mendaftarkan Pegawai Awam;
-
Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
-
Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
-
Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
-
Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
-
Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
-
Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
-
Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.